BANDAR MEXICO, 26 NOV – Ahli ekologi dari Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico pada Jumaat lalu memulakan semula kempen kutipan dana untuk mempergiat usaha pemuliharaan bagi axolotl, sejenis salamander ikonik yang terancam. Kempen yang dipanggil ‘Adoptaxolotl’ menyeru orang ramai untuk menyumbang serendah 600 pesos (sekitar AS$35) untuk memelihara salah seekor ‘raksasa air’ kecil tersebut secara maya.