Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kempen pilihan raya bermula, calon berawas keganasan politik

    JUIZ DE FOR A, BRAZIL, 17 OGOS – Kempen pilihan raya presiden Brazil secara rasmi bermula kelmarin dengan bekas presiden, Luiz Inacio Lula da Silva mendahului kiraan undian menentang Presiden Brazil, Jair Bolsonaro di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keganasan politik dan ancaman kepada demokrasi.

    Da Silva yang memegang jawatan presiden selama dua penggal dari tahun 2003 hingga 2010 dilihat memakai jaket kalis peluru semasa berkempen di tempat umum. Beliau dijadualkan menemui pekerja-pekerja kilang enjin, tetapi pegawai polis persekutuan menasihatkan agar acara tersebut dibatalkan atas sebab keselamatan.

    Sebaliknya, pemimpin sayap kiri itu melancarkan kempennya untuk jawatan presiden di sebuah kilang Volkswagen di Sao Bernardo do Campo, sebuah bandar industri perkilangan di luar Sao Paulo.

    Sementara itu, Bolsonaro membuat kunjungan ke sebuah tempat di bandar Juiz de Fona di mana dia ditikam oleh seorang lelaki yang sakit mental semasa kempen pada tahun 2018. Dia tiba dengan motosikal dengan dikelilingi oleh pengawal keselamatan serta memakai jaket kalis peluru, tidak seperti sebelumnya apabila dia tidak menggunakan perlindungan keselamatan ketat.

    Pengasas Dharma Politics iaitu sebuah badan konsultasi risiko poltik, Creomar de Souza, memberitahu AP bahawa lawatan Da Silva ke kilang kereta adalah tanda perlambangan Brazil sekali gus membangkitkan nostalgia pemilihan presiden pertamanya pada tahun 1989. De Souza menambah, beliau menjangkakan calon-calon akan bersaing satu sama lain bagi meraih undi.

    Perlumbaan dalam sistem demokrasi terbesar di Amerika Latin itu adalah pertembungan raksasa, dengan semua calon lain kurang mendapat perhatian media dan orang awam. Da Silva dan Bolsonaro telah meraih undi penyokong secara terbuka sejak berbulan-bulan, walaupun perbuatan tersebut dilarang oleh suruhanjaya pilihan raya.

    Setakat ini belum ada perdebatan antara dua pemimpin itu dijadualkan. – AP

    Bekas Presiden Brazil, Da Silva semasa berucap di luar kilang pembuat kereta Volkswagen sebagai pembukaan kempen pilihan raya presiden. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...