Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Kempen ‘Fulfill Your Dream’ Red Bull yang menawarkan hadiah-hadiah bernilai $100,000 telah dirasmikan di Supa Save Gadong, hari ini.
Kempen yang bermula pada Oktober ini akan menawarkan sebuah kereta Mini Cooper sebagai hadiah utama selain pelbagai hadiah lain menunggu pemenang.
Ketua Perkembangan Perniagaan Red Bull Brunei dan Malaysia, Desmon Ong menjelaskan, untuk menyertai kempen berkenaan, orang ramai hanya perlu membeli Red Bull Gold dan Red Bull kurang gula di mana dalam pembuka setiap minuman ini mempunyai kod unik dan peserta hanya perlu melayari laman sesawang atau Progresif untuk menjawab tiga soalan bagi mendapatkan hadiah.

“Untuk mendapatkan hadiah tersebut, mereka hanya perlu membawa pembuka minuman, bukti kad pengenalan dan nombor ID penebusan yang tertera di laman sesawang,” jelasnya.
Menurut beliau lagi, dua acara akan diadakan sebelum cabutan utama pada Januari 2019 dan penyampaian hadiah akan diadakan pada Jumaat terakhir setiap bulan.
Pada majlis pelancaran kempen tersebut, Desmon Ong turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang bekerjasama dalam menjayakan kempen berkenaan.