Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Regus kumpul lebih 30 pain darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Lebih 30 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh Regus Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang berlangsung di Bangunan PGGMB, di ibu negara.

    Kempen yang pertama kali dianjurkan tahun ini itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat yang bertujuan untuk menanam sifat keprihatinan terhadap individu yang memerlukan darah dan juga meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah.

    “Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada umum tentang latar belakang syarikat,” ujar Pengurus Jualan Komuniti Regus Sdn Bhd, Jessica Ang.

    Di samping itu juga, ia bertujuan untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mereka yang menderma darah serta meningkatkan lagi jumlah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital RIPAS.

    Lebih 30 pain darah berjaya dikumpulkan pada kempen derma darah anjuran Regus Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda