Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen robohkan makam maharaja, 9 cedera dalam pertempuran

    MUMBAI, 18 MAC – Sembilan orang cedera semasa pertempuran semalaman di India yang bermula berhubung kempen kumpulan nasionalis Hindu untuk merobohkan makam seorang maharaja Islam yang sudah lama meninggal dunia, lapor media tempatan hari ini.

    Aktivis dari Vishwa Hindu Parishad (VHP) berhaluan kanan telah berkempen di pusat bandar Nagpur untuk menuntut perobohan makam menempatkan Aurangzeb, seorang pemerintah dinasti Mughal yang meninggal dunia lebih 300 tahun lalu.

    Aurangzeb ialah tokoh yang dibenci dalam kalangan nasionalis Hindu, yang menuduhnya menindas kepercayaan mereka semasa pemerintahannya selama hampir lima dekad pada abad ke-17.

    Keganasan meletus di bandar itu semalam selepas penunjuk perasaan membakar gambar Aurangzeb bersama replika simbolik makamnya, lapor penyiar NDTV.

    Perusuh kemudian membakar kenderaan dan merosakkan rumah, dengan tiga polis dan enam orang awam cedera dalam pertempuran itu, lapor agensi berita Press Trust of India. – AFP

    Seorang anggota bomba berdiri berhampiran kenderaan terbakar berikutan pertempuran di kawasan Chitnavis Park Square di Nagpur kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda