Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen RTB berjaya kumpul 54 pain darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Sebanyak 54 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen menderma darah sempena Hari Ulang Tahun Perkhidmatan Radio Brunei ke-66 yang berlangsung di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Brunei (RTB) Sungai Akar, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RTB, di sini, kempen yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 petang itu telah dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), dan disertai oleh pegawai dan kakitangan RTB serta orang ramai.

    Kempen yang diadakan juga dihasratkan untuk membantu meningkatkan stok bekalan darah negara khususnya bagi keperluan pesakit-pesakit yang memerlukan.

    Salah seorang kakitangan RTB yang menyertai kempen derma darah yang berlangsung kelmarin di Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar. – Gambar serahan RTB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda