Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Rush Hour beri diskaun menarik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Concepts Computer hari ini menawarkan pelbagai produk sempena acara Pesta Pengguna ke-26 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

    Eksekutif Pemasaran Con-cepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman berkata, mereka menawarkan produk pencetak Epson L3210 dan pencetak tanpa wayar Epson L3250 dengan harga yang berpatutan.

    \\Concepts Computer juga mengadakan Kempen Rush Hour dengan memberikan diskaun untuk barangan Xtrike Me.

    Untuk produk Xtrike Me, pelanggan yang membuat pembelian dengan jumlah minimum yang ditetapkan akan mendapat baju-T percuma dan topi Xtrike Me. Manakala untuk produk Epson pula akan diberikan baju-T percuma.

    Sementara produk Brothers juga menawarkan harga menarik sepanjang acara Pesta Pengguna.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran promosi bolehlah mengunjungi petak jualan Concepts Computer.

    Pengurus Besar Concepts Commercial Suppliers, Vincent Pao bersama kakitangan Concepts Computer dan Brothers semasa acara perasmian Pesta Pengguna ke-26, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda