Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen satukan penduduk

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 21 Feb – Hampir 100 orang telah menyertai kempen kebersihan anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiudang yang diadakan di Sekolah Rendah Kiudang, Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Hadir semasa kempen tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat, Haji Umarali bin Esung selaku Penasihat MPK Kiudang.

    Turut hadir ialah Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin; Ketua Kampung Kiudang, Haji Mohammad Saiful bin Abdullah Anja dan Setiausaha/Ketua Urus Setia Sukarelawan Daerah Tutong, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali.

    Antara yang terlibat dalam kempen kebersihan di Sekolah Rendah Kiudang, Daerah Tutong, baru-baru ini.
    Antara yang terlibat dalam kempen kebersihan di Sekolah Rendah Kiudang, Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Kempen yang merupakan salah satu projek kemasyarakatan MPK Kiudang itu telah membabitkan ahli-ahli MPK Kiudang, guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah, sukarelawan Daerah Tutong, ahli-ahli BASKIM, pengawas kejiranan Kampung Kiudang dan penduduk sekitar mukim tersebut.

    Ia diadakan adalah untuk menyatupadukan masyarakat, agensi kerajaan dan pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) untuk berganding bahu dalam kerja bergotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah seperti memotong rumput, membersihkan longkang-longkang, membuang sampah dan lain-lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda