Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen StanChart tawar hadiah menarik bermula hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Standard Chartered (StanChart) Brunei akan melancarkan kempen yang menawarkan peluang kepada pemegang Kad Kredit StanChart untuk memenangi hadiah bulanan menarik serta hadiah utama berupa Supermarket Sweep yang bernilai $1,000, bermula dari 23 Jun hingga 30 September tahun ini.

    Kempen tersebut dijalankan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan pelanggan dan para pelanggan yang berbelanja menggunakan kad kredit StanChart dengan perbelanjaan minimum sebanyak $50 berpeluang menyertai cabutan bertuah.

    Para pemenang bertuah akan menerima hadiah-hadiah menarik seperti iPad Mini 7 serta baucar membeli-belah Hua Ho bernilai sehingga $300 yang ditawarkan setiap bulan sepanjang tempoh kempen tersebut berlangsung.

    Manakala lima pemenang bertuah akan diberikan tempoh masa tertentu dan had perbelanjaan sehingga $1,000 untuk membeli-belah di Pasar Raya Hua Ho Cawangan Manggis Mall pada Oktober tahun ini.

    Memetik temu bual bersama Ketua Bahagian Pemasaran, Produk dan Digital, Bank StanChart, Dayang Aisah binti Razali, menyatakan, “Kempen tersebut merupakan salah satu cara memberikan ganjaran kepada perbelanjaan harian pelanggan sambil memberikan rasa keterujaan dan kegembiraan. Kami tidak sabar-sabar melihat perasaan keterujuaan tersebut berakhir dengan ganjaran hadiah utama yang pasti tidak dapat dilupakan.”

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda