Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen sumbang peranti diaktifkan sehingga 30 Sept

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Dalam usaha menyokong pembelajaran dalam talian dan membantu pelajar-pelajar yang memerlukan sebagai usaha dalam menangani impak gelombang kedua COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kempen Sumbangan Peranti diaktifkan semula sehingga 30 September ini.

    Kempen dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

    Dalam usaha mengawal penularan COVID-19, kempen dilaksanakan secara pandu lalu mengikut SOP Kementerian Kesihatan.

    Sumbangan bolehlah dihantar ke dua lokasi berikut iaitu Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak Kanan bertempat di Jalan 10, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Berakas atau di Pusat Tingkatan Enam Tutong.

    Orang ramai, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dialu-alukan untuk sama-sama menyumbangkan peranti, sama ada yang baharu atau terpakai.

    Sumbangan tersebut mestilah mengikut spesifikasi minimum bagi komputer riba mempunyai Processor: 2.0GHz, Memory: 4GB RAM Hard Disk: 250 GB, Operating System: Windows 10, Graphics: Sekurang-kurangnya 128MB Graphics Memory, Network: Wireless dan Wired Connectivity serta lainnya seperti Keyboard, Built-in Camera, Speaker & Microphone.

    Manakala untuk tablet pula mestilah mempunyai Processor: Quadcore 1.3GHz, Memory: 2GB, Display Size: 9 Inches, Storage: 32 GB, Camera: Front and Rear, Network: 4G LTE, Wifi 802.11 b/g/n, Bluetooth, Audio: 3.55mm Audio Jack, Operating System: Android 9.0 and above / iOS 12 and above serta lainnya seperti Sim Card Slot.

    Kempen yang pertama kali diadakan pada 11 April 2020 hingga 14 Mei 2020 telah menerima sebanyak 1,696 peralatan komputer dan tablet dan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi pihak Kementerian Pendidikan di talian +6737163184 / pihak AITI di talian +6738198404 semasa waktu bekerja atau melalui emel ke info.dcce@moe.gov.bn atau laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda