Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Syarikat JO kumpul 33 pain darah

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 27 SEPT – Lebih daripada 33 pain darah berjaya dikumpulkan dalam kempen menderma darah anjuran Syarikat Joffren Omar (JO) Sdn Bhd, hari ini.

    Kempen Jabatan Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Persekitaran JO Sdn Bhd yang dijalankan di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Bera, Seria itu dianjurkan bersama Unit Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

    Antara yang hadir dan menderma darah pada kempen berkenaan ialah Pengarah Urusan syarikat, Pengiran Mohd Noor Joffren bin Pengiran Omar.

    Kempen ini bukan sahaja menekankan pentingnya menderma darah tetapi juga membantu syarikat dalam memberikan kembali kepada masyarakat dalam menyediakan bekalan darah yang mencukupi kepada mereka yang memerlukan.

    Antara yang hadir pada kempen derma darah anjuran Syarikat JO Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda