Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kempen tingkat bekalan darah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Orang ramai adalah diseru untuk terus menyertai kempen derma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini, sehubungan itu ke arah usaha berkenaan Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen-kempen derma darah pada sekitar minggu ini di beberapa buah tempat.

    Pada 27 Mei ini, kempen derma darah akan diadakan di Banquet Hall, Bangunan Ibu Pejabat Progresif, Jalan Pasar Baharu Gadong bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi dan 1 petang hingga 3 petang.

    Satu kempen derma darah juga akan dilaksanakan di Bangunan Utama, Kolej Kediaman The Core, Universiti Brunei Darussalam pada 29 Mei bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 1 petang hingga 3 petang.

    Kempen sedemikian turut dijalankan pada 30 Mei nanti bertempat di Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) anjuran Kedutaan Diraja Thailand bermula dari jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) juga akan mengadakan kempen derma darah pada 29 Mei ini bertempat di Lantai Bawah, Ruang Legar, Hospital PMMPMHAMB bermula dari jam 10 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Oleh yang demikian, orang ramai dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital RIPAS pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang. Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Gambar Generic
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...