Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Travel and Win pilih 13 pelanggan bertuah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Seramai 13 orang pelanggan bertuah telah dipilih dalam undian awal bagi kempen Travel and Win edisi ke-7 anjuran Pan Bright Travel Service yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta atau beg Hermes Birkin.

    Pengarah Urusan Pan Bright Travel, Johnnie Cheong berkata “Kami amat berterima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan selama ini, dan pada tahun ini, Pan Bright meraikan ulang tahunnya yang ke-40 justeru menjadikan ini tahun yang istimewa juga.

    “Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Baiduri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Singapore Airlines atas sokongan baik mereka,” tambahnya.

    Sesi cabutan undian awal yang berlangsung di Pejabat Pan Bright Travel Service di sini itu, dihadiri oleh wakil dari Bank Baiduri, RB dan Singapore Airlines bagi menyempurnakan cabutan berkenaan.

    Mewakili Bank Baiduri ialah Pegawai Pembangunan dan Pemasaran Kad, Lee Chee Yung, dan Pegawai Pemasaran Kad, Aimi Syazwani Jeffry, manakala RB diwakili oleh Pengurus Wilayah Borneo, Lim Guat Wen, dan Singapore Airlines diwakili Pengurus Besar Brunei, Ken Chua.

    Turut hadir selaku saksi semasa cabutan berkenaan ialah ahli pengurusan dan kakitangan dari Pan Bright Travel Service dan wakil media.

    Menurut kenyataan Pan Bright, pemenang bertuah utama akan membawa pulang hadiah sebuah kereta Hyundai Venue baharu atau memilih sebuah beg Hermes Birkin.

    Kempen berkenaan merupakan kali ketujuh dianjurkan, dengan menawarkan pelbagai hadiah kepada pelanggan termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu, Saigon, Bangkok, Taipei dan Dubai yang ditaja oleh RB, tiket penerbangan pergi balik ke Singapura, Bali, Perth dan Osaka ditaja oleh Singapore Airlines serta Royal Skies Miles sebanyak 100,000 tajaan Bank Baiduri.

    Cabutan akhir akan diadakan pada 10 November depan di Pusat Beli-belah Times Square, manakala 13 orang pelanggan bertuah yang terpilih untuk menghadiri cabutan akhir berkenaan akan dihubungi kemudian.

    Lee Chee Yung, Aimi Syazwani, Lim Guat Wen dan Ken Chua bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Lim Guat Wen semasa sesi cabutan bagi kempen Travel and Win edisi ke-7 anjuran Pan Bright Travel Service. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda