Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen vaksinasi denggi di Brazil bakal dilancarkan bulan depan

    RIO DE JANEIRO, 23 JAN – Brazil akan memulakan kempen vaksinasi terhadap demam denggi pada bulan Februari, kata pihak berkuasa, memandangkan peningkatan mendadak dalam kes penyakit yang berpotensi membawa maut itu menimbulkan kebimbangan akan wabak yang tidak terkawal.

    Negara dengan 203 juta penduduk itu, yang meluluskan vaksin baharu ‘Qdenga’ pada Disember, akan menjadi negara pertama di dunia yang menawarkannya melalui sistem kesihatan awam, kata pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, bilangan dos yang tersedia masih terhad disebabkan oleh kekurangan bekalan daripada pembangunnya, syarikat farmaseutikal Jepun Takeda, kata kementerian kesihatan Brazil.

    “Penghantaran pertama 750,000 dos vaksin anti-denggi telah tiba di Brazil,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad lalu.

    Secara keseluruhan, Brazil menjangkakan akan menerima 6.5 juta dos tahun ini bagi vaksin dua dos, yang direka khas untuk kanak-kanak.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan pada tahun lalu supaya Qdenga diberikan kepada kanak-kanak berumur enam hingga 16 tahun di kawasan hotspot demam denggi. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda