Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen vaksinasi kolera bermula di Sudan

    KHARTOUM, 20 OKT – Kementerian Kesihatan Sudan kelmarin memaklumkan bahawa kempen vaksinasi yang menyasarkan lebih 1.4 juta orang terhadap kolera bermula di bahagian timur dan utara negara itu, lapor Xinhua.

    “Kempen tindak balas terhadap wabak kolera dilancarkan kelmarin di tiga negeri, termasuk Sungai Nil (di utara Sudan), Kassala, dan Gedaref (di timur Sudan),” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Kempen itu bertujuan untuk memberi vaksin kepada 1,407,546 orang yang berumur satu tahun ke atas dan akan berlangsung sehingga Khamis, menurut kenyataan itu.

    “Kempen ini adalah antara intervensi untuk mengurangkan beban penyakit dan tahap risiko, yang dapat membatasi kedua-dua jangkitan dan kematian,” kata Amal Mahmoud, wakil daripada jabatan penjagaan kesihatan kementerian.

    Sementara itu, pengarah Program Imunisasi yang Diperluaskan, Ismail Al-Adani berkata lebih banyak dos vaksin kolera akan tiba pada 24 Oktober.

    Kementerian berkata pada 5 Oktober bahawa ia menerima 1.4 juta dos vaksin kolera yang disediakan oleh organisasi antarabangsa GAVI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). – Bernama

    Orang ramai beratur di hadapan kedai roti semasa gencatan senjata di Khartoum, Sudan pada 27 Mei lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda