Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    KEMUDA alu-alukan pelajar baharu pengambilan Mac

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Institut KEMUDA, baru-baru ini, telah mengalu-alukan kumpulan pelajar baharu bagi pengambilan Mac 2022 menerusi majlis orientasi yang berlangsung secara maya.

    Orientasi berkenaan direka untuk memperkenalkan pelajar baharu kepada prosedur, kemudahan institut dan memberi mereka peluang untuk bertemu dengan para pentadbir kampus, kakitangan dan pelajar lain.

    Program dimulakan dengan pendaftaran kehadiran sebelum dilanjutkan dengan bacaan doa oleh Naib Yang Dipertua Majlis Pelajar Institut KEMUDA, Awang Muhammad Amirul Zaqwan bin Haji Ali Yusof.

    Pengetua Institut KEMUDA, Awang Mohammed Khairy Yusrin bin Haji Abdul Salam dalam ucapan alu-aluannya menyentuh mengenai persediaan pelajar untuk perjalanan seterusnya dalam pengajian mereka diikuti dengan pengenalan terhadap KEMUDA dan matlamatnya. 

    Orientasi itu turut menyaksikan taklimat mengenai peraturan institut untuk memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mereka.

    Beberapa aktiviti juga telah dianjurkan semasa sesi suai kenal bagi membuatkan para pelajar berasa selesa dengan kali pertama mereka memasuki alam kolej.

    Majlis orientasi bagi mengalu-alukan pelajar baharu pengambilan Mac 2022 telah diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...