BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik, Majlis Pelajar Institut KEMUDA telah menganjurkan kempen sumbangan di mana mereka menyerahkan beberapa makanan asasi dan keperluan harian kepada sebuah keluarga di Kampung Jerudong A.
Sumbangan kepada keluarga Awang Zulkifle bin Mohamad itu telah disampaikan oleh wakil majlis pelajar berkenaan, Awang Mohd Aznil Khairuddin bin Haji Kharul Azmi.
Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Jerudong, Haji Kharul Azmi bin Haji Lakat dan Setiausaha Majlis Perundingan Kampung Jerudong A, Haji Mustapa bin Haji Masri.
Menurut kenyataan yang diberikan, inisiatif sumbangan berkenaan bermatlamat untuk menggalakkan semangat dan budaya membant orang yang memerlukan. Aktiviti berkenaan juga memperomosikan rasa muhibah dalam kalang pelajar yang tampil terutamanya menyumbangkan khidmat mereka kepada aktiviti amal dan masyarakat.
