Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KEMUDA sertai Ekspo Pengajian Tinggi 2024

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Sempena Ekspo Pengajian Tinggi 2024 anjuran Kementerian Pendidikan bermula pada 3 hingga 4 Februari ini, Institut KEMUDA turut mempromosikan PEARSON BTEC UK dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat.

    Menurut kenyataan institut tersebut, ekspo yang dibukakan kepada orang ramai itu mengalu-alukan pelajar yang ingin mengambil langkah pertama ke peringkat pengajian tinggi serta mereka yang ingin meningkatkan diri mereka dengan pelbagai pensijilan profesional yang ditawarkan

    Antara yang ditawarkan oleh Institut KEMUDA semasa ekspo itu nanti terdiri daripada BTEC Tahap 1 dalam Teknologi Maklumat hingga Diploma Tinggi Kebangsaan (HND) BTEC Tahap 5 dalam Pengkomputeran.

    Selain daripada kursus sepenuh masa, KEMUDA mempunyai banyak kursus pendek pensijilan profesional serta keselamatan siber oleh NCC education UK, CompTia Data+, Adobe Photoshop dan Illustrator Professional Certification dan lain-lain lagi.

    Dengan menandatangani memorandum perjanjian (MoA) baru-baru ini dengan Universiti Teknologi Brunei (UTB) untuk Program Bridging for Tomorrows Engineers (BriTe), KEMUDA di bawah perjanjian itu akan menawarkan Laluan Masuk Ijazah Sarjana Muda 14 Minggu kepada pelajar yang memenuhi syarat kemasukan minimum universiti tetapi kekurangan mata untuk kejuruteraan tertentu.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, para pelajar dan ibu bapa atau penjaga bolehlah berkunjung ke ekspo yang akan diadakan di Dewan Bridex, Jerudong bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda