Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemuka tuntutan palsu lebih RM1 juta, guru besar direman

    KUALA TERENGGANU, 6 FEB – Seorang guru besar direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membuat tuntutan palsu bagi pembekalan makan dan minum murid di asrama sebuah sekolah rendah di Terengganu bernilai RM1.3 juta.

    Perintah reman terhadap wanita berumur 46 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhainis Mohd Roslan selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

    Seorang pengurus dan penyelia syarikat yang kedua-duanya berumur 34 tahun turut direman dua hari bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes sama mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Semalam, Bernama melaporkan SPRM menahan empat individu dipercayai terlibat membuat tuntutan palsu bagi pembekalan makan minum murid di asrama sebuah sekolah rendah di negeri ini.

    Bagaimanapun, seorang lagi individu iaitu ketua pembantu tadbir dilepaskan dengan jaminan SPRM, susulan masalah kesihatan.

    Difahamkan, tuntutan membabitkan kontrak pembekalan bernilai RM1.3 juta bagi tempoh 2022 hingga 2023 dibuat terhadap 100 murid sedangkan jumlah murid sebenar hanyalah 35 orang. – Bernama

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda