Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemuncak Stardom Quest 3

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Bersempena dengan Festival Disember Brunei 2018, pencarian bakat-bakat nyanyian tempatan Cuckoo Stardom Quest 3 malam tadi telah sampai ke penghujungnya dengan menyaksikan pertandingan peringkat akhir yang diadakan di Amfiteater Taman Permainan Jerudong.

    Seramai 10 orang peserta teratas yang telah mara selepas berjaya melepasi beberapa peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir yang diadakan bermula bulan lalu lagi.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pertandingan peringkat akhir Cuckoo Stardom Quest 3 malam tadi ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

    Pemarkahan para finalis telah dinilai melalui, 70 peratus oleh panel hakim-hakim, 15 peratus daripada penonton dan 15 peratus lagi daripada jumlah undian orang ramai.

    Empat hakim yang dipilih bagi menilai para peserta terdiri daripada Awang Mohammad Asyramisyanie bin Kamis, Dayang Joanna binti Haji Osman, Rico dan Philip Chua.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali ketika menyaksikan pertandingan peringkat akhir Cuckoo Stardom Quest 3, semalam.
    Salah seorang peserta membuat persembahan di pentas akhir Cuckoo Stardom Quest 3.
    Sesi pelepasan para peserta bagi larian amal yang dianjurkan bersempena Karnival Stardom Quest 3 di kawasan Amfiteater Taman Permainan Jerudong.

    Sementara itu satu larian amal yang dianjurkan bersempena Karnival Stardom Quest 3 telah diadakan di kawasan Amfiteater Taman Permainan Jerudong, petang tadi.

    Larian amal dengan tema ‘The Run for Autism Awareness Campaign’ tersebut merupakan antara acara yang terkandung dalam Festival Disember Brunei 2018 yang menyaksikan para peserta menyertai larian sejauh 5km dan 2.5km.

    Meskipun keadaan cuaca yang tidak menentu diselangi hujan dan cuaca panas, semua peserta larian, yang turut disertai oleh kanak-kanak autistik bersama ibu bapa dan penjaga mereka, telah berjaya mengharungi cabaran dan menghabiskan larian mereka.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang petang tadi ialah wakil pihak penganjur SGA Media & Marketing, Kenny Wong.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda