Sunday, April 27, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemunculan ‘A’ buktikan Kim Soo Hyun bukan kekasih Kim Sae Ron

    Pelakon Kim Soo Hyun dikatakan pernah bercinta dengan seorang artis dalam tempoh tiga tahun bermula pada 2017.

    Hubungan mula terjalin kerana kedua-dua mereka pernah bernaung di bawah satu syarikat pengurusan yang sama, menurut laporan mStar.

    Pendedahan yang dibuat oleh Money Today itu secara tidak langsung menafikan dakwaan Soo Hyun pernah bercinta dengan mendiang Kim Sae Ron ketika pelakon itu masih di bawah umur.

    Malah laporan tersebut juga menyebut hubungan Soo Hyun artis wanita yang dikenali sebagai ‘A’ itu bukanlah satu rahsia dalam kalangan penggiat industri seni.

    “Ia satu rahsia yang sudah diketahui ramai bahawa Soo Hyun bercinta dengan A. Jadi mustahil dia ada hubugan dengan Kim Sae Ron,” jelas kenyataan berkenaan.

    Soo Hyun dikatakan hanya bercinta dengan Sae Ron dalam tempoh setahun selepas hubungannya bersama A berkahir.

    Kenyataan itu juga mendakwa mendiang Sae Ron pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan beberapa lelaki berbeza pada tahun 2016, 2018 dan 2021.

    Sebelum ini kisah kematian Sae Ron menjadi perhatian ramai sehingga nama Soo Hyun terkait sebagai salah satu punca dia ditemukan tidak bernyawa.

    Soo Hyun didakwa pernah bercinta dengan Sae Ron ketika mendiang di bawah umur. – Agensi

    Pelbagai cerita timbul melibatkan Soo Hyun. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda