GLASGOW, 31 Ogos – Ketibaan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu Rangers mula mendapat perhatian di Glasgow dengan jurulatih Celtic, Brendan Rodgers perlu memperkukuhkan reputasinya apabila perlu berdepan dengan bekas anak didiknya musim ini.
Rodgers dan Gerrard akan berdepan buat kali pertama Ahad ini di Celtic Park selepas tiga musim bersama sebagai pengendali dan kapten pasukan Liverpool.
Mereka hampir menjulang gelaran Liga Juara Perdana Inggeris pada 2013/14, Rodgers bagaimanapun dipecat ketika karier Gerrard selama 17 tahun di Liverpool menghampiri penghujungnya pada 2015.
Sepanjang tempoh dua tahun itu pengendali dari Ireland Utara itu berjaya memenangi dua gelaran domestik berturut-turut, pencapaian bersejarah dalam bola sepak Scotland.
Bagaimanapun Gerrard tiba ketika kemampuan beliau di Celtic Park mula dipertikaikan.
Rodgers sendiri secara terbuka mempersoalkan kemampuan pasukan itu selepas melihat pemain tengah Hibs, John McGinn disambar Aston Villa.
“Tugas kami tahun ini cukup mudah dari segi membawa pemain masuk. Kami hanya mahu pemain berkualiti,” kata Rodgers selepas pasukan bimbingannya itu tewas kepada AEK Athens F.C.dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara awal bulan ini.
“Kami kehilangan beberapa pemain dan kami sukar untuk menggantikannya.”
Apa yang paling teruk yang akan berlaku adalah Lyon kini dalam perundingan untuk mendapatkan bintang penyerang, Moussa Dembele sebelum jendela perpindahan pemain berakhir hari ini.
Dembele menjadi tonggak utama dalam skuad kendalian Rodgers apabila menentang Rangers. Dalam 11 pertemuan sepanjang dua musim, Celtic melakar sembilan kemenangan dan dua seri. – AFP