PARIS, 30 Jan – Guingamp menafikan skuad kendalian Leonardo Jardim, Monaco bagi perlawanan Piala Liga Perancis kali ketiga berturut-turut, menewaskan pasukan itu menerusi sepakan penalti selepas keputusan seri 2-2, hari ini.
Bos dari Portugis, Jardim kembali kepada pasukan yang diterajuinya yang menjulang gelaran Perancis pada 2017, tiga bulan selepas pemecatannya, di mana Thierry Henry mengambil alih kendalian pasukan itu.
Kedua-dua buah pasukan berjuang untuk mengelakkan zon penyingkiran dalam kelompok pasukan teratas Perancis dengan Guingamp yang menghuni tangga tercorot Ligue 1 dan skuad kendalian Jardim hanya mempunyai kelebihan satu mata dan satu anak tangga di atas pasukan itu.
William Vainqueur diarah meninggalkan padang sebelum Rony Lopes dan Aleksandr Golovin menjaringkan gol buat pelawat pada minit ke-45 minit dan Alexandre Mendy dan Marcus Thuram terpaksa melakukan percubaan pada separuh masa kedua.
Sofiane Diop terlepas sepakan penalti ketujuh buat pasukan pelawat sebelum pemain sayap berusia 22 tahun, Marcus Coco menyelamatkan tempat dalam perlawanan akhir Piala Liga Perancis buat kali pertama dalam sejarah pasukan tuan rumah.
Jardim berkata pasukannya tidak bernasib baik selepas Vainqueur diarahkan keluar padang pada saat awal pemainan.
“Beraksi selama 80 minit bersama 10 pemain dan menjaringkan gol 2-2 dan kemudian melalui sepakan penalti, kami tidak memiliki nasib dalam pasukan kami,” katanya.
“Saya perlu memuji para pemain saya yang beraksi dengan 10 pemain di mana mereka memiliki sikap yang bagus dan berganding bahu bersama-sama.”
Vainqueur, yang beraksi buat kali pertama bersama Monaco, diarah meninggalkan padang lebih awal selepas kurang dari suku jam perlawanan. – AFP
