LOS ANGELES, 28 JUN – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengeluarkan amaran mengenai wabak malaria selepas lima kes yang sama direkodkan di dua negeri setakat ini, lapor Xinhua.
Empat kes malaria di Florida dan satu kes dikesan di Texas dalam tempoh dua bulan yang lalu, menurut CDC pada Isnin.
CDC menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan peningkatan kes malaria import yang mempunyai kaitan dengan perjalanan antarabangsa pada musim panas 2023.
Agensi terbabit menggesa penyediaan akses pantas kepada IV artesunate, yang merupakan rawatan pertama untuk kes malaria di Amerika Syarikat. – Bernama
