Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena $100 buang sampah di tempat awam

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seorang individu telah dikenakan denda kompaun $100 kerana didapati membuang sampah di kawasan letak kereta di Kampung Sungai Bunga, hari ini.

    Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa individu yang dikenal pasti sebagai Sania bin Haji Junidi, melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda berkenaan.

    Jika gagal menjelaskan denda kompaun, individu berkenaan boleh didakwa di mahkamah, di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Individu yang didapati oleh JASTRe membuang sampah di tempat awam. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda