Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena 12 bulan penjara guna pasport nama lain

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seorang lelaki warga Bangladesh menerima hukuman 12 bulan penjara selepas mengaku bersalah menyamar dengan menggunakan pasport di bawah nama lain dan memberikan maklumat palsu.

    Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Rafiqul Islam, 32, yang berkuat kuasa, hari ini.

    Tertuduh didakwa kali pertama memasuki negara ini sekitar September 2001 di bawah pas kerja, menggunakan pasport di bawah nama lain.

    Tertuduh sekitar Ogos 2012 telah pergi ke bahagian imigresen dan memberikan maklumat palsu untuk memohon kad pengenalan.

    Tertuduh pulang ke negaranya pada 20 Februari 2015 dan kembali semula ke negara ini pada 31 Oktober 2016 menggunakan pasport di bawah nama yang berbeza dan turut didapati memberi maklumat palsu dalam borang kemasukan pelawat ketika di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Kes tertuduh didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda