Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena $500 buang sampah di tempat awam

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Seorang lelaki telah dikenakan denda kompaun sebanyak $500 kerana didapati membuang sampah di kawasan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.

    Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa individu berkenaan melakukan kesalahan di bawah Bab 12(1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda berkenaan.

    Jika gagal menjelaskan denda kompaun, individu berkenaan boleh didakwa ke mahkamah, di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, JASTRe mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Individu yang didapati oleh JASTRe membuang sampah di tempat awam. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda