Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kena $5,000 jalankan kerja tanah tanpa kebenaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Seorang individu dan syarikat perniagaan dikenakan kompaun kerana menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kebenaran pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) di kawasan Kampung Sungai Besar, Mukim Kota Batu, Daerah Brunei dan Muara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ABCi, di sini, individu dan syarikat perniagaan berkenaan masing-masing telah dikenakan kompaun sebanyak $5,000 kerana melanggar peruntukan di bawah Seksyen 24 dan Seksyen 43, Perintah Kawalan Bangunan, 2014 iaitu melaksanakan kerja-kerja tanah tanpa Borang C Permit Kebenaran Memulakan Kemajuan dan melaksanakan pembinaan tanpa Lesen Pembina.

    ABCi menyatakan bahawa menjadi satu kemestian bagi mendapatkan Borang C terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang aktiviti pembinaan (termasuk kerja-kerja tanah) dengan melantik orang yang berkelayakan yang sah berdaftar dan mempunyai Sijil Penjalan Amalan di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS), Kementerian Pembangunan, bagi menghadapkan permohonan serta kerja-kerja pengawasan.

    Selain daripada itu, sebarang kerja-kerja pembinaan hendaklah dilaksanakan oleh syarikat pembina yang sah berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dengan kategori kerja yang bersesuaian.

    ABCi menekankan kepada orang ramai untuk sentiasa mematuhi sebarang akta, peraturan, piawaian dan garis panduan yang berjalan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam serta harta benda sentiasa terjamin.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang ABCi, www.abci.gov.bn.

    Gambar menunjukkan kawasan pembinaan tanpa kebenaran di Kampung Sungai Besar, Mukim Kota Batu. – Gambar serahan ABCi

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...