BANGKOK, 2019 – Seorang pelakon Korea Selatan telah didakwa di Thailand kerana menangkap kerang gergasi ketika mengambil bahagian dalam rancangan televisyen realiti dan mungkin berdepan hukuman penjara empat tahun jika didapati bersalah, kata seorang pegawai.
Pelakon Lee Yeol-eum bersorak ketika beliau menangkap tiga kerang gergasi di taman marin negara Thai pada Mac (2019) dalam rancangan TV The Law of the Jungle. Peserta dalam rancangan seterusnya memakan kerang yang ditangkap dalam satu episod yang disiarkan pada 30 Jun 2019.
Narong Kongeiadm ketua Taman Negara Hat Chao Mai, berkata beliau memfailkan dakwaan polis ke atas Lee kerana mencabul undang-undang hidupan liar dengan memburu kerang besar. Dakwaan membawa hukuman penjara maksimum empat tahun dan denda sehingga 40,000 baht.
“Orang yang mesti bertanggungjawab adalah aktres yang menangkap kerang disebabkan beliau mencabul undang-undang,” kata beliau.
“Orang lain yang terbabit dalam kejadian itu juga mungkin didakwa.” Kejadian itu telah mencetuskan reaksi marah di kalangan pengguna internet, terutamanya di kalangan penduduk Korea Selatan yang telah menggesa rancangan tersebut dibatalkan.