Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kena denda $5,000 miliki rokok

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Mahkamah Majistret kelmarin memerintahkan seorang warga Bangladesh untuk membayar denda $5,000 kerana memiliki rokok seludup.

    Lokman Hossain, 47, perlu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar selepas dia mengaku bersalah memiliki tiga paket dan lima batang rokok.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan Majistret Syaffina binti Shahif bahawa defendan didapati memiliki rokok itu di sebuah bangunan komersial di Kampung Sengkurong pada 11:04 pagi, 13 Mac ketika pegawai pencegahan kastam menjalankan pemeriksaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...