Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seorang lelaki warga Indonesia yang mengaku bersalah kerana melakukan pecah masuk rumah dan tinggal melebihi masa di negara ini, dihukum 10 bulan penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, kelmarin.
Hukuman terhadap Wariyo bin Rahmat, 45, diputuskan Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof.
Tertuduh mendakwa memasuki rumah itu kerana tahu rumah itu mempunyai sarang burung walit.
Dalam kejadian pada 15 Julai 2019, tertuduh ditahan pengawal keselamatan yang membuat rondaan malam selepas mendengar bunyi pada sebuah rumah di kawasan Jerudong.
Tertuduh didapati bersembunyi di belakang pintu rumah tersebut.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.