Thursday, May 15, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena penjara, enam sebatan bakar masjid

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun dan enam kali sebatan selepas mengaku bersalah atas dakwaan merosakkan Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mentiri dengan api yang memusnahkannya, dan mencuri daripada ibunya.

    Pendakwa Raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mendedahkan kejadian kes di hadapan Hakim Mahkamah Perantaraan Hajah Hazarena binti POKSJDP Haji Hurairah, hari ini.

    Pada 4 April 2017, Mohd Erwan bin Manggis bersama seorang rakan berjalan kaki dari rumah rakannya itu di Kampung Mentiri menuju Masjid RPN Kampung Mentiri pukul 2 pagi.

    Mereka memasuki perkarangan melalui pagar yang tidak berkunci dan masuk ke dalam masjid melalui pintu yang juga tidak berkunci.

    Dia kemudian menjumpai penggantung baju dan menjadikannya sebagai alat untuk mengambil wang dari kotak derma. Defendan dan rakannya bergilir-gilir dalam percubaan untuk mengambil wang tunai tetapi tidak berjaya.

    Defendan kemudian menyedari kamera litar tertutup yang diarahkan ke arah mereka dan bimbang perbuatan mereka akan diketahui, maka dia memutuskan untuk memusnahkan sebarang bukti dengan membakar masjid itu.

    Dia pergi ke hadapan masjid dan membakar gril plastik penghawa dingin menggunakan pemetik api yang dibawanya.

    Defendan dan rakannya berlari keluar dan tidak lama kemudian, mereka terdengar bunyi letupan yang kuat dan melihat kebakaran besar berlaku di kubah masjid.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dimaklumkan oleh seorang penduduk di kawasan itu dan berjaya mengawal kebakaran, bagaimanapun kebanyakan bahagian bangunan masjid telah rosak.

    Kemudian, pada Mac, defendan terdesak untuk mendapatkan wang tunai dan memutuskan untuk menyelongkar barang ibunya di dalam bilik tidur di rumah dan berjaya mendapatkan beberapa barang kemas dan kain bercorak.

    Dia kemudian membawa barang kemas itu kepada tukang emas untuk menjualnya, bagaimanapun, diberitahu oleh pekerja itu bahawa barang kemas itu adalah palsu.

    Dalam perjalanan pulang, defendan membuang beberapa barang kemas ke dalam sungai, tetapi menyimpan sebahagiannya bersama kain.

    Apabila terjumpa seorang wanita berusia lanjut, dia menawarkan kain itu dengan harga $20. Wanita itu membeli beberapa kain dan defendan pulang ke rumah dengan baki barangan tersebut.

    Ibu defendan menyedari bahawa barang miliknya telah hilang dan berhadapan dengan defendan mengenainya yang menyebabkan defendan beredar pergi.

    Laporan polis telah dibuat dan membawa kepada penahanan defendan dan mengaku mencuri barangan ibunya dan menggunakan hasil jualan untuk membeli dadah.

    Pihak pendakwaan memohon hukuman berat dikenakan terhadap defendan dengan mengambil kira faktor yang memburukkan kes.

    Defendan merayu untuk diringankan hukuman, meminta supaya tidak disebat, bagaimanapun hakim mengambil kira tahap keterukan kesalahan dan mengambil langkah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal.

    Hakim juga mengambil kira bahawa defendan telah menyebabkan kerosakan masjid bernilai $5,000,000 sehingga menyusahkan penduduk kawasan itu yang terpaksa mengerjakan solat di balai raya yang hanya boleh menempatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa.

    Ia juga merupakan penekanan mahkamah bahawa dia telah merosakkan kepercayaan antara dia dan ibunya kerana telah mencuri dalam rumah mereka sendiri.

    Mahkamah seterusnya melihat senarai panjang sabitan kesalahan defendan sejak 2000, dengan yang terbaharu dilakukan pada 2019.

    Mahkamah menyatakan bahawa defendan dijadualkan untuk dijatuhi hukuman pada Ogos, bagaimanapun, dengan arahan Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan COVID-19, ia hanya boleh disambung semula sekarang.

    Mahkamah memerintahkan hukuman penjara defendan berjalan bermula pertama kali dia ditahan reman pada 31 Julai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/