Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena penjara gara-gara 1 paket rokok, 1 botol arak

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Seorang lelaki warga Malaysia yang memiliki satu paket rokok dan sebotol arak tanpa cukai terpaksa akur dengan hukuman pindaan baru eksais 2018, yang mengenakan hukuman tinggi bagi kesalahan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais 2006 apabila terpaksa menjalani hukuman penjara selama 10 bulan selepas gagal membayar denda $10,000 yang dikenakan Mahkamah Majistret, kelmarin.

    Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Mohamad Sukri bin Sanai yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

    Dia melakukan kesalahan itu, ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 24 April 2018 jam 8 malam.

    Dalam bilik mahkamah sama, seorang wanita yang memiliki 109 paket rokok seludup pelbagai jenis pada tahun 2013, diberi tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, untuk membayar denda $3,000 yang dikenakan ke atasnya.

    Noraini binti Nor Azman mengaku bersalah memiliki barang tegahan itu ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 30 Oktober 2013 kira-kira jam 3:20 petang.

    Jika gagal menjelaskan denda, defendan diperintahkan untuk menjalani hukuman tiga bulan penjara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda