Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenaikan gaji atau penurunan harga barangan?

    Sejak negara kita dikejutkan dengan penularan gelombang kedua COVID-19 Ogos lalu, bekalan-bekalan keperluan asasi seperti makanan mengalami kekurangan di beberapa buah kedai.

    Susulan kekurangan bekalan tersebut, terdapat para peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang jualan mereka.

    Kenapa begitu mudah para peniaga menaikkan harga barangan secara mendadak? Adakah semata-mata untuk mengaut keuntungan atau memang benar bekalan berkurangan? Setahu saya banyak berita disiarkan mengenai pihak berkenaan melakukan pemeriksaan untuk pemantauan harga barangan, tapi kenapa masih saja terdapat kedai-kedai menjual barangan mereka dengan harga yang mahal?

    Jika harga barang terus naik dan tidak dipantau, menurut saya sendiri gaji-gaji kakitangan awam kerajaan mahupun swasta perlu juga dinaikkan sesuai dengan kos sara hidup sekarang.

    Jikalau hanya harga barang yang mengalami kenaikan maka tidak setara dengan gaji yang diterima setiap bulan.

    #Hargacekikdarah

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda