Sunday, November 17, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenaikan harga koko jejas coklat Switzerland

    ZURICH, 26 MAC – Coklat Switzerland menghadapi persaingan apabila harga koko meningkat dan ia telah menyebabkan kos mereka melambung tinggi dan pengguna semakin berkurangan akibat inflasi.

    Koko telah memecahkan rekod minggu lalu, mencecah hampir AS$9,000 setiap tan di New York dan mengatasi AS$8,850 di London, yang akan memaksa pembuat coklat menaikkan harga mereka.

    Awal bulan ini, Lindt dan Sprungli memberi amaran harganya akan naik semula pada 2024 dan 2025, setelah meningkat sebanyak 10.1 peratus secara purata tahun lepas.

    Mereka menggunakan produk margin berkualiti seperti praline terutama sekali untuk coklat Easter mereka.

    Kenaikan kos koko,yang berlaku selain harga gula yang tinggi, telah ‘menambah cabaran untuk coklat Switzerland’, kata jurucakap Chocosuisse, persekutuan majikan sektor itu, Thomas Juch, kepada AFP.

    Kenaikan harga koko berlaku berdasarkan ‘konteks peningkatan sensitiviti harga’ di pihak pengguna, dan pada masa ini sebahagiannya ditanggung oleh pengilang yang ‘tidak dapat meneruskan sepenuhnya kenaikan harga runcit ini,’ katanya.

    Ini kerana harga diselaraskan pada jarak waktu semasa rundingan dengan rangkaian pasar raya dan tidak berubah secara berterusan, kata Juch.

    Inflasi harga makanan pada 2023 menjejas selera pengguna, dengan jumlah eksport coklat Switzerland susut 0.2 peratus kepada 150,516 tan, menurut Chocosuisse.

    Penggunaan tahunan per kapita di Switzerland yang merupakan pengguna coklat terbesar dunia telah berkurangan satu peratus, kepada 10.9 kilogram. – AFP

    Sebuah kotak coklat Switzerland dipamerkan untuk dijual semasa festival coklat Festichoc di Versoix dekat Geneva, pada 16 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda