Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenaikan PSC di klia2 akan jejas perjalanan

    KUALA LUMPUR, 6 Okt – Syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, AirAsia, hari ini berkata penyeragaman caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) mungkin memberi impak negatif ke atas industri pelancongan.

    Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, kajian terperinci perlu dilakukan sebelum Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menaikkan PSC ke atas pelepasan antarabangsa dari klia2.

    “Saya rasa tidak wajar mengenakan caj ke atas pengguna bagi jenis perkhidmatan yang sama yang ada di KLIA dan klia2.

    “Ada gambaran lebih besar mengenainya. Dengan menurunkan atau mengekalkan PSC, lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan udara, anda merangsang lebih banyak perjalanan dan akan memberi kesan pengganda ke atas ekonomi secara menyeluruh,” katanya selepas melancarkan wajah baharu majalah perjalanan AirAsia 3Sixty sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-10nya di sini hari ini.

    Mavcom sebelum ini merancang menyeragamkan kadar antara dua terminal, dengan PSC antarabangsa klia2 akan dinaikkan daripada RM50 kepada RM73, menyamai kadar pelepasan antarabangsa di KLIA, mulai Januari depan.

    Namun, suruhanjaya  itu baru-baru ini berkata semakan semula kadar terbabit masih dijalankan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda