Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kenakan caj haiwan peliharaan untuk pemilik anjing

    Populasi anjing liar terus berkembang tahun demi tahun di negara ini.

    Secara tidak langsung, peningkatan tersebut juga mengancam keselamatan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

    Dalam satu tinjauan pada tahun 2020, 80 peratus orang ramai percaya penyebab ancaman itu terletak pada pemilik anjing yang tidak bertanggungjawab.

    Mereka enggan menjaga anjing peliharaan mereka lalu melepaskan atau membuang di tempat awam hingga menyebabkan populasi anjing liar meningkat secara drastik.

    Untuk mengatasi tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, mungkin sudah tiba masanya pihak relevan mengenakan bayaran ke atas haiwan-haiwan peliharaan.

    Populasi anjing dikatakan semakin berkembang di negara ini.

    Menurut pandangan saya, bayaran selayaknya adalah sebanyak $100 untuk setahun.

    Dasar ini memastikan hanya orang layak sahaja yang mampu membeli dan membela anjing.

    Sesiapa yang enggan membayar dan melepaskan anjing mereka di tempat awam selepas polisi berkuat kuasa hendaklah dikenakan denda $1,000 di bawah akta pengasuhan haiwan peliharaan yang tidak bertanggungjawab sepertimana yang dikuatkuasakan di negara lain.

    Talian hotline perlu disediakan untuk orang ramai membuat aduan jika isu ini berlaku.

    Sekiranya dasar itu dilaksanakan, berkemungkinan akan berlaku penurunan drastik dalam jangka masa panjang.

    Selain itu, negara juga memperoleh keuntungan, yang kemudiannya boleh dilabur dalam program mengembiri berskala besar untuk 40,000 anjing terbiar di seluruh negara.

    Dalam pengiraan saya, untuk mengembiri seluruh populasi anjing liar akan menelan belanja $10 juta.

    Tetapi dengan caj itu, Brunei berpotensi memperoleh $15 juta dalam tempoh lima tahun, sekali gus menghasilkan keuntungan sebanyak $5 juta di samping mengembiri seluruh populasi anjing.

    Membela anjing adalah tanggungjawab yang besar dan tidak boleh dipandang ringan. Undang-undang yang longgar mengenai anjing bagaimanapun dieksploitasi oleh pihak awam yang tidak bertanggungjawab.

    Sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan supaya semua masalah anjing liar boleh diselesaikan.

    ‘John Connor’

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...