Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenali budaya ASEAN

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Lapan pelajar dari enam institusi dari tiga buah daerah terdiri dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait bersama seorang chaperone dari Pusat Tingkatan Enam Meragang berlepas ke Singapura bagi menyertai Perkhemahan Belia Sunburst-STEP Singapura.

    Perkhemahan berkenaan bermatlamat bagi memberikan latihan, pengalaman kefahaman dan pembelajaran mengenai budaya dan gaya hidup dari negara-negara ASEAN dengan misi utamanya melibatkan belia di luar sempadan.

    Sebagai persediaan bagi menyertai perkhemahan tersebut, para pelajar tempatan telah melalui pelbagai latihan di negara ini termasuk kursus sehari Outward Bound Brunei Darussalam, taklimat motivasi dari SYC Alumni Brunei, taklimat keagamaan dan latihan kecerdasan di Tasek Lama.

    Lapan pelajar bersama seorang chaperone dari Pusat Tingkatan Enam Meragang berlepas ke Singapura bagi menyertai Perkhemahan Belia Sunburst-STEP Singapura.

    Para pelajar yang berjaya menyertai perkhemahan yang ditaja sepenuhnya oleh Perkhemahan Belia Sunburst-STEP Singapura itu telah ditemu duga terlebih dahulu oleh Jabatan Sekolah-sekolah dengan sokongan Kementerian Pendidikan. Para pelajar berkenaan akan berada di Singapura bermula hari ini hingga 9 Disember 2017.

    Perkhemahan tersebut adalah bersempena dengan sambutannya yang ke-30, di mana perkhemahan kali ini telah disertai oleh sebanyak 14 buah negara termasuk negara-negara ASEAN, China, Mongolia, Jepun, India dan Korea Selatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda