Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenali budaya masyarakat Filipina

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai aspek budaya masyarakat Filipina menerusi Pesta Kebudayaan Filipina yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Membeli-belah Freshco, Batu Satu.

    Acara tiga hari yang anjuran Freshco Management dengan kerjasama Kedutaan Filipina di Negara Brunei Darussalam itu mengetengahkan pelbagai aspek budaya Filipina daripada makanan, pakaian tradisi, barangan perhiasan dan destinasi pelancongan yang menarik di Filipina.

    Semasa acara itu, para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan masakan Filipina untuk dinikmati dan dikongsi bersama.

    Pelbagai produk diketengahkan pada Pesta Kebudayaan Filipina di Pusat Membeli-belah Freshco, Batu Satu.

    Acara itu bermatlamat untuk memperkenalkan dan mengetengahkan tradisi serta makanan Filipina kepada masyarakat Brunei. Ia juga memberikan peluang kepada pengunjung daripada komuniti Filipina untuk bertemu dan meraikan budaya mereka yang unik itu.

    Menurut pihak Freshco, acara itu diadakan untuk membawakan elemen keriangan dan keseronokan kepada pusat membeli-belah berkenaan serta untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda