Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenali budaya Oman

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Pelajar-pelajar dari Mahad Islam Brunei Tutong (Mahad), hari ini, berpeluang belajar tentang sejarah dan budaya Kesultanan Oman semasa lawatan mereka ke Kedutaan Kesultanan Oman di Brunei Darussalam.

    Kunjungan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kedutaan Kesultanan Oman untuk menjalin hubungan dengan rakyat Brunei, dalam kerangka diplomasi awam yang dianggap sebagai alat yang berkesan untuk membantu merumuskan persepsi masyarakat terhadap negara dan budaya masing-masing.

    Rombongan lawatan yang terdiri daripada 20 orang pelajar itu diiringi oleh dua orang guru.
    Semasa lawatan itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari telah menyampaikan aspek-aspek daya tarikan budaya dan pelancongan Oman seperti lokasi geografi, keindahan semula jadi dan pemandangan yang pelbagai, selain budaya dan warisannya yang menarik.

    Pembentangan Tuan Yang Terutama tersebut juga meneroka beberapa persamaan antara Kesultanan Oman dan Negara Brunei Darussalam yang termasuk bentuk pemerintahan bersultan yang diamalkan di kedua-dua negara, dan kedua-dua buah negara negara berusaha untuk memodenkan sambil mengekalkan identiti budaya yang berbeza.

    TYT Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari mengakhiri pembentangannya dengan menjelaskan perkembangan pesat hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

    TYT Sheikh Ahmed bergambar ramai bersama para pelajar Mahad. – Gambar serahan Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda