Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pentingnya pengangun serikan raja sehari

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Gambar Muiz Matdani

    Walaupun sudah menginjak zaman moden sekarang, namun pengangun masih lagi dilihat dalam majlis-majlis perkahwinan Melayu, yang memperlihatkan keunikan adat Melayu yang terdapat di negara ini.

              Seperti yang diketahui, pengangun hanya terdiri daripada golongan wanita yang berusia. Mereka memainkan peranan penting dalam sesebuah majlis perkahwinan di mana mereka sentiasa dilihat mendampingi bakal pengantin dari mula acara sehingga selesai majlis perkahwinan dengan tujuan untuk mengelinga, melulut, mandi dan menyampaikan ilmu tentang perkahwinan.

     

    Babu Hajah Ajijah bergambar bersama raja sehari pada majlis perkahwinan di mana beliau menjadi pengangun. – Gambar serahan Babu Hajah Ajijah

       Pengangun besar kemungkinan datang daripada perkataan ‘anggun’ yang bermaksud cantik dan molek selain berperanan untuk menaikkan seri pengantin dengan mandi, bertapus muka dan sebagainya kerana pada masa dahulu, belum ada jurusolek atau pada masa ini lebih dikenali sebagai MUA.

              Melihat kepada peranan pengangun yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini, penulis berpeluang menemu ramah dan menyelami cabaran salah seorang pengangun, Hajah Ajijah binti Haji Momin, 69, dalam mengalas amanah yang diberikan untuk melancarkan majlis perkahwinan.

     

    Antara peralatan dan tatacara mengangun dalam majlis perkahwinan.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda