Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenapa cef wanita kurang mendapat bintang Michelin?

    LAZIMNYA kaum wanita umpama seperti seekor singa berkongsi pelbagai jenis masakan dengan seluruh dunia namun apabila menyentuh mengenai masakan kelas tertinggi, mereka seperti tidak pernah dilihat dan ketinggalan jauh.

    Sehingga hari ini, hanya seorang wanita, Anne-Sophie Pic memegang maksimum tiga bintang Michelin di Perancis. Apa yang pasti, hanya sekitar 2.7 peratus restoran bertaraf Michelin diasaskan oleh kaum wanita di negara itu yang diiktiraf sebagai pusat gastronomi dunia.

    Dan untuk kedua kalinya dalam masa tiga tahun, tidak ada cef wanita yang dapat bintang tersebut secara individu dalam senarai Michelin Perancis untuk tahun 2018 yang telah diumumkan baru-baru ini walaupun hanya dua cef wanita berkongsi kepujian itu bersama dengan rakan kongsi mereka.

    “Aspek gender bukanlah sesuatu yang kita masukkan ke dalam akaun. Pemeriksa kami diarahkan untuk memeriksa tahap kualiti masakan mereka,” kata Michael Ellis, Pengarah Pandu Antarabangsa. “Kami tidak melihat jantina, asal usul atau pun usia mereka, apa yang kami lihat ialah hidangan yang diletakkan di atas pinggang,” tambah Michael lagi kepada media.

    Namun begitu, kaum wanita masih dianggap sebagai minoriti dalam dunia masakan yang penuh persaingan, sekurang-kurangnya hanya lima peratus cef kaum wanita mendapat bintang Michelin dari seluruh dunia. Hanya seorang wanita telah tersenarai dalam anugerah bintang baru di Perancis pada tahun 2017 dan hanya dua cef wanita disenaraikan dalam klasifikasi 50 buah restoran terbaik di Britain. Akan tetapi Michael melihat petanda satu harapan baru.

    Michael Ellis, Pengarah Pandu Antarabangsa. – AFP
    Cef kelahiran Malaysia Kwen Liew yang telah memenangi bintang pertama bersama rakannya dari Jepun, Ryunosuke Naito di Restoran Pertinence mereka di Paris. – AFP
    Sehingga hari ini hanya seorang wanita, Anne-Sophie Pic memegang maksimum tiga bintang Michelin di Perancis. – AFP

    “Sebenarnya memang banyak kaum wanita bekerja di dapur walaupun mereka belum bergelar seorang cef sepenuhnya. Tetapi bagi saya, masa akan menentukan segalanya sebelum mereka bercadang untuk menjadi cef sepenuhnya,” tambah Michael lagi kepada media.

    Wanita dua kali ganda lebih baik

    Tapi satu dari dua cef wanita yang telah mendapat bintang Michelin ketika ini mendesak bahawa ragam permainan sangat jauh dari tahap yang ada. “Di dapur, kaum wanita selalu menunjukkan satu persembahan di mana ia adalah dua kali ganda lebih baik berbanding kaum lelaki,” kata Kwen Liew, cef kelahiran Malaysia yang telah memenangi bintang pertama bersama rakannya dari Jepun, Ryunosuke Naito untuk Restoran Pertinence mereka di Paris. “Ianya tidak mudah untuk kaum wanita di dapur. Oleh itu, saya berlakon seperti seorang lelaki di sana,” katanya kepada AFP.

    “Ia tergantung kepada mentaliti peribadi anda namun secara umumnya, lelaki tidak mendengar arahan daripada kaum wanita malah mereka berkata, kami tidak menurut apa yang diperkatakannya,” tambah Kwen lagi kepada media.

    Bilangan kaum wanita yang mengikuti sekolah memasak di Perancis telah mencatatkan satu peningkatan yang cepat malah kini mereka telah mengatasi bilangan kaum lelaki dalam beberapa latihan perniagaan patisserie, tambah Michael lagi. Menurut sejarah, cef wanita sebenarnya mendapat tempat yang penting dalam masakan Perancis, khususnya di bandaraya gastronomi, Lyon.

    ‘Les meres Lyonnaises’ (ibu kepada Lyon) telah mendominasi kehalusan seni masakan semasa zaman peperangan dan banyak cef wanita bekerja di beberapa buah restoran di kota itu sehinggalah pada tahun 1970-an. Maria Canabal, Pengasas Global Parabere Sebanyak 5,000 cef kaum wanita, menyalahkan atmosphere ketenteraan di kebanyakan dapur-dapur dengan siling kaca yang telah menahan kebanyakan kaum wanita.

    Sikap macho

    Dia berkata ‘Steretaip melekat’ menjadikan ia lebih susah untuk kaum wanita walaupun di mana-mana sekolah masakan, di mana mereka sering berkata kepada kaum wanita, “Anda akan mendapat diploma tetapi anda tidak akan selamat di luar sana dan gangguan seksual tidak pernah berhenti. Persekitaran yang didominasi oleh kaum lelaki menyebabkan kaum wanita berpotensi dalam risiko,” kata Maria lagi kepada media.

    Walaupun begitu, kaum wanita masih terus mengharungi halangan-halangan itu, kata Anne-Sophie Pic, kini sedang menjuruskan untuk menjadi mentor dan baru saja mendapat bintang Michelin. “Apabila seorang cef menjadi seorang ibu, jika ia tidak disokong, dia akan terpaksa memilih untuk membuat keputusan, antara anaknya dan juga kerjayanya,” kata Anne lagi.

    Dokumentari Perancis pada tahun lepas telah menyinari ruang-ruang media akan kewujudan cef-cef di kalangan kaum wanita, di mana cef lelaki sering mendominasi pertunjukan masakan di kaca TV. “Ini menunjukkan saya bahawa ada ruang yang benar untuk bercakap mengenai dengan wanita,” kata Anne lagi kepada AFP. “Agak teruk untuk mengakui tetapi sehingga ke hari ini, saya perlu bekerja keras untuk memastikan orang ramai akan lupa bahawa saya adalah seorang wanita dan bagi kaum lelaki untuk menerima saya,” tambahnya lagi.

    Kebanyakan cef wanita bersetuju bahawa untuk berjaya khususnya di dunia masakan yang didominasi oleh kaum lelaki perlu mempunyai kulit yang tebal.

    “Banyak cef yang mempunyai kedai sendiri menyangka bahawa diri mereka mempunyai kuasa, seperti memperlihatkan sikap mereka yang macho,” kata cef dari Brazil, Alessandra Montagne, yang bekerja di beberapa buah restoran terkemuka sebelum membuka restorannya sendiri di Paris.

    “Anda tidak perlu mengambil apa-apa secara peribadi. Apabila seseorang berkata kepada saya, “Anda bagus untuk kepentingan yang tidak ada” namun saya tidak pernah mengalah dan saya hanya menurunkan kepada saya dan tabah,” tambahnya mengakhiri media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda