Supermodel Kendall Jenner juga bangga dengan pencapaian teman lelakinya Devin Booker yang baru sahaja meraih emas di Olimpik Tokyo 2020.
Devin Booker adalah pemain bola keranjang profesional yang mewakili Amerika Syarikat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Seperti yang dilaporkan oleh Page Six, pasukan bola keranjang Amerika Syarikat mengalahkan Perancis di final dengan skor 87-82. Mengetahui kekasihnya memperjuangkan negaranya, Kendall juga berkongsi saat kemenangan di laman Instagram peribadinya.
Gambar sekumpulan pemain bola keranjang dilihat dalam muat naik foto Kendall. Supermodel itu memberikan emoji pingat emas tanpa banyak berkata atau menulis kata-kata manis untuk hantaran itu. – Agensi