Saturday, October 12, 2024
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenderaan bertembung trak, tujuh remaja dan pemandu maut

    JOHANNESBURG, 11 OKT – Tujuh pelajar sekolah menengah dan seorang pemandu maut dalam satu perlanggaran di timur Afrika Selatan hari ini, kata pihak berkuasa, dalam siri terbaharu kemalangan maut di jalan raya negara itu.

    Kenderaan yang membawa pelajar itu merempuh sebuah trak di lebuh raya N2 kira-kira 100 kilometer timur laut bandar pantai Durban pada awal pagi, kata pegawai kerajaan dan penyelamat. Tujuh remaja sekolah menengah dalam kenderaan itu dan pemandu mereka terbunuh, kata jurucakap penyelamat perubatan IPSS, Samantha Meyrick kepada AFP.

    Pemandu lori itu berada dalam keadaan kritikal.

    Nampaknya pemandu kenderaan yang membawa pelajar itu hilang kawalan dan kenderaan itu terbabas ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan trak itu, menurut kenyataan pejabat pengangkutan kerajaan wilayah KwaZulu-Natal.

    Afrika Selatan mempunyai salah satu rangkaian jalan raya paling maju di benua itu, tetapi mencatatkan rekod keselamatan jalan raya paling teruk, sebahagiannya disebabkan pemandu cuai atau dalam keadaan mabuk dan kenderaan usang di jalan raya. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda