Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenderaan dikehendaki terlibat dalam kemalangan

    MILWAUKEE, 30 NOV – Kenderaan yang dikehendaki dalam kes pembunuhan di Chicago terlibat dalam kemalangan dengan bas sekolah di Milwaukee semasa insiden kejar-mengejar polis kelmarin, menyebabkan beberapa orang dihantar ke hospital.

    Polis di Milwaukee menyatakan dalam kenyataan, mereka mula mengejar kenderaan tersebut sebelum tengah hari. Kenderaan itu berlanggar dengan bas sekolah, kemudian terbalik dan merempuh beberapa buah kenderaan lain.

    Pemandu kenderaan yang menjadi suspek, seorang lelaki berusia 26 tahun, melarikan diri tetapi ditangkap selepas dikejar, kata polis. Kenyataan itu tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai suspek atau pembunuhan tersebut.

    Dua orang penumpang dalam kenderaan suspek, seorang berusia 26 tahun, dan seorang lagi berusia 3 tahun, cedera. Menurut polis, individu berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ringan, manakala kanak-kanak berusia 3 tahun itu pula mengalami kecederaan yang serius. Kedua-duanya telah dibawa ke hospital untuk dirawat.

    Pemandu bas sekolah berusia 71 tahun dan pemandu kenderaan lain berusia 30 tahun juga dihantar ke hospital disebabkan kecederaan. Tiada kecederaan lain dilaporkan. Polis mengatakan pemandu bas adalah satu-satunya orang yang ada di dalam bas. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda