SANDAKAN, 23 JUN – Jumlah kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah atas pelbagai kesalahan di negeri ini meningkat kepada 301 unit dalam lima bulan pertama tahun ini berbanding hanya 16 kenderaan di sita dalam tempoh sama tahun lepas, kata Pengarahnya Mohd Harris Ali.
Beliau berkata angka itu menunjukkan komitmen dan ketegasan JPJ bersama rakan penguat kuasa lain untuk memastikan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) dikuatkuasakan sepenuhnya.
“Tahun 2023 adalah tahun penguatkuasaan yang akan di-beri perhatian oleh JPJ dan akan terus dilaksanakan secara bersepadu,” katanya kepada pemberita pada operasi bersepadu JPJ Sandakan, hari ini. – Bernama