Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Kenderaan elektrik BMW serikan BETCON23

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – QAF Auto tidak ketinggalan menyertai pameran Persidangan BETCON23 yang berlangsung di Dewan Bridex, Jerudong dengan mempamerkan barisan kenderaan elektrik (EV) BMW.

    Antara yang dipamerkan ialah BMW iX dan iX3, kenderaan yang direka untuk merevolusikan pemanduan lebih selesa dengan teknologi termaju dan reka bentuk yang lebih canggih.

    Pengunjung yang datang ke petak pameran BMW, berpeluang untuk membuat pandu uji EV BMW, dan merasakan sendiri kuasa pecutan elektrik sambil menikmati pengalaman pemanduan yang tenang dan lain daripada yang biasa.

    Wakil jualan BMW turut berada di petak pameran bagi memberikan sebarang maklumat yang diperlukan berkaitan dengan EV berkenaan, terutama tentang pengecas semula kenderaan berkenaan, infrastruktur, keupayaan dan banyak lagi.

    Pameran BMW di BETCON23 akan berlangsung sehingga 29 Oktober.

    Kakitangan QAF Auto bergambar dengan kenderaan EV BMW semasa pameran BETCON23 yang berlangsung di Dewan Bridex, Jerudong. – Gambar oleh Rafi Rosli
    Antara kenderaan EV BMW yang dipamerkan ialah BMW iX dan iX3. – rudong. – Gambar oleh Rafi Rosli

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...