Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenderaan hanyut, lapan maut di Filipina

    MANILA, 11 DIS – Lapan orang penumpang, termasuk budak perempuan berusia lima tahun, maut di wilayah Rizal, Filipina malam tadi selepas banjir kilat menghanyutkan sebuah jeepney penumpang, polis berkata hari ini.

    Peronda Jason Benitez dari polis pekan Tanay memberitahu Xinhua bahawa nahas berkenaan berlaku sebelum pukul 9 malam waktu setempat, ketika kenderaan membawa 25 penumpang itu merentasi sebatang sungai ke arah utara menuju sebuah kampung dari pekan.

    Norberto Francisco Matienzo, ketua Pejabat Pengurusan Pengurangan Bencana Perbandaran Tanay, menjelaskan bahawa jeepney tersebut tersekat di tengah-tengah sungai apabila ia dihanyutkan oleh banjir kilat.

    Beliau menambah, tujuh orang lain yang meninggal dunia dalam nahas itu berusia lebih 60 tahun sementara seorang lagi cedera.

    Jeepney yang panjang adalah mod pengangkutan awam yang popular di Filipina. Kenderaan-kenderaan ikonik berkenaan telah bergerak di jalan-jalan raya Filipina sejak Perang Dunia Kedua.

    Bagaimanapun, kebanyakan kemalangan di negara itu dipersalahkan terhadap kenderaan berkenaan yang tidak diselenggarakan dengan baik dan diperbuat daripada alat ganti terpakai. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda