PARIS, 29 DIS – Tiga anggota tentera Perancis terbunuh di Mali selepas kenderaan perisai yang mereka dinaiki meletup di wilayah Hombori di tengah negeri miskin, Sahel, kata presiden Perancis.
Kematian itu menjadikan 47 tentera Perancis terbunuh di Mali sejak Perancis mula meletakkan bantuan ketenteraan di negara itu sejak Januari 2013, bagi membantu negara itu mengusir pejuang Islam yang menguasai sebahagian negara Afrika barat itu. Presiden Emmanuel Macron ‘memberi tunjuk hormat kepada anggota tentera itu dengan penuh penghormatan’,” kata pejabat presiden dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan ‘keazaman Perancis untuk terus memerangi keganasan’.
Pasukan Barkhane Perancis meletakkan 5,100 tentera di wilayah Sahel yang gersang untuk memerangi kumpulan jihad bersama-sama tentera dari Mauritania, Chad, Mali, Burkina Faso dan Niger, yang bersama-sama membentuk kumpulan Sahel G5. – AFP