Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenderaan pandu sendiri digantung di Jepun

    TOKYO, 30 OKT – Projek perintis pertama Jepun bagi kenderaan pandu sendiri autonomi sepenuhnya telah digantung selepas kemalangan kecil dengan sebuah basikal yang diletakkan, kata pegawai hari ini.

    Ia merupakan tamparan terbaharu kepada usaha di seluruh dunia untuk mempromosikan kenderaan tanpa pemandu, teknologi dengan potensi manfaat tertentu di negara dengan bilangan populasi tua semakin meningkat.

    Kenderaan seperti bas tanpa pemandu itu, serupa dengan kereta golf elektrik, mula beroperasi di Eiheiji di wilayah Fukui di tengah Jepun pada Mei.

    Ia berlaku selepas Jepun pada tahun lepas membenarkan kenderaan pandu sendiri Tahap 4 di jalan awam, bermakna kenderaan itu boleh beroperasi hanya dalam kawasan terhad. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda